Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alkisahnya kali ini pasal sahur beberapa hari yang lepas . Tasya kena stay kat kolej dulu satu malam sebab nak setelkan pasal report LI dan report FYP . Hmm . nak jadikan cerita . Tasya tak bawak seluar or apa apa juz tuala and baju tidur . lupa nak bawak . cuma baju and skirt kuning ni sahaja yang Tasya bekalkan dari rumah.itupun sebab Tasya pakai dari rumah.
Bila waktu sahur..nak taknak Tasya terpaksa pakai skirt dan kemeja ni tak tahan dengan HALFMoon shawl pink lilit di pagi pagi hari . skirt tu tak yah cerita lah warna mustard + berkedut + halfmoon pink baju hitam . dah macam apa je . semua orang tengok pelik je kat Tasya berpakaian macam ni,over maybe di subuh hari.
Lagi satu malam sebelum sahur tu.Tasya dah pakai pakaian yang sama ni,skirt and baju and shawl ni ke cafe yang sama.haha . Petang tu jugak pergi cari makanan pun pakaian yang sama .nak tak nak kena pakai jugak.kawan Tasya pulak sorang kecik . tak padan lah nak pimjam seluar dia .
Tudung pun dia bawak satu je . Dia pun ada masalah.masalah dia berlainan sikit,pakai kasut ke cafe untuk sahur . (kasut tertutup ala ala yang separuh, tu kain kanvas) selipar jepun selipar cina memang kami tak bawak.Tasya rembat yang budak mana pun tak tahu selipar pagi tu . Sebab kasut tasya vogue sgt nak pakai ! x sesuai !!:'(
Kawan Tasya yang sorang lagi ni pulak . Tak bawak seluar lain jugak . masa sahur pakai skinny merah je . haha.baju tshirt selipar and tudung dah okay . Skinny pulak warna merah di subuh hari.haha.kami bertiga memang pelik pagi tu.nasib lah tak ramai mana . orang lain pakai simple je Tasya siap lilit halfmoon siap.
#HarapLupa je nak snap pic mereka
Memang kena keluar lah..nanti perut lapar.Nasib laa lepas ni tak belajar n tak stay dah kat sana . orang dah tak cam -_- malu tu memang . tapi tahan je lah . Pakai pakaian yang sama ni sampailah keesokan harinya,nak pergi hantar report kat kedai . sebab kena buat hardcover . masa tu Tasya pakai jugak pakaian ni.haha . Bila tengok pakaian yang seram ni dalam bilik. Agak trauma dan menghantui sikit diri ini :3
Ohh tak berbau okay . bekalan minyak wangi amat banyak pada masa kejadian ! HIKHIK
Maybe itu kenangan manis kot untuk kami bertiga sebab malam tu last kami bersama.inshaAllah free free lepas ni jumpa lagi . hikhik.
Muka tak tidur menunggu waktu sahur dan menunggu kedai buka!
Datang sahur dahla awal jam 2 pagi,ingat cafe dah buka,biasa kat kolej cafe tak tutup.Cafe yang ketiga ni ,yang baru je launch kat Kolej Tasya.. so pergi awal lah,Nampak pintu besi tuu dah tutup,dengan pilunya kami balik hostel.and rasa nak pergi sekali lagi cafe ni,nak kompem betulke kedai dah tutup.setelah 15 minit termenung kat parking kereta .Rasa nak SMS salah satu junior kat situ .
Tergantung disitu. ! -_- kami rasa nak pergilah lagi sekali, akhirnya tanya tuan kedai yang sedang mengemas .Ohh baru nak buka rupanya .*rasa nak ketuk ketuk je kepala sendiri masa tu* kenapalah awal awal kami tak tanya dulu . ish "malu bertanya sesat jalan".
#Merapu
Moral of The Story : ( CARI SENDIRI )