Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selesai sudah menyambut hari raya yang mulia . *macam lirik lagu"* Sekarang Tasya free sikit boleh update blog, memandangkan ramai tanya tak update pasal raya ke ? Sebenarnya otak blank and tak tahu nak merapu apa pasal raya ni . Alhamdulillah berkesempatan lagi beraya tahun ni . Tapi dengan ala kadar sahaja . hihi buat pengetahuan semua baju raya Tasya tahun ni semua dari MinazBoutique . *macam orang nak tahu* btw Thx Minaz.!
Malam Raya
Macam biasa siapkan rumah . Main mercun . Malam raya 3 kali pergi pasaraya dengan keadaan yang selekeh sebab cari mentol lampu . Tuka semua mentol yang mati padam . panjat panjat itu biasaaa... Perempuan sekarang dah tak macam dulu . ni kerja lelaki .Ehhh . satu rumah Tasya pasang mentol ni tau . *bangga*
Malam raya tu jugak lah sibuk siapkan sampul raya yang ditempah. Sebenarnya Tasya mati mati ingat 10 haribulan kita beraya . Rupanya 7 haribulan . Menggelabah lah.banyak kerja lagi tak di buat :( nasib Allah kuatkan hati dapat jugak siapkan.malam raya tu jugak bagi kat customers =) .
Segala galanya manual . Nasib jari jemari ku tak longgar .hokhok
Habis satu babak
Hari Raya Pertama
Sebenarnya Tahun ni beraya tak beli tudung or hijab baru yang bersesuaian . Kiranya buka almari pilih secara random sahaja . Kelam kabut jugak nak cari tudung tu . sebab banyak tak sesuai . Last sekali,Tasya rembat je shawl biru bercorak kuning ! Wakaka . tak sempat beli :( Hope match la dengan baju Tasya.Arh lantak lahhh..Kalau ada tudung saji biru lama dah Tasya pakai tau *Lawak Hambar*
Yang lain semua balik kampung masing masing . tinggal yang belum kahwin je . Err sorry lah masa ni tak sempat nak posing.
Tak tahu kenapa tahun ni kurang sikit bergambar berbanding tahun tahun yang lepas . Mungkin sebab jerebu baru baru ni kot *tetiba* Gambar atas ni snap hentam je . *Pimjam kereta ayah jap posing* Biarlah tak bape cantik . Ni je gambar raya pertama Tasya ada.sobsob.jangan lupa puji k . Puji =p
Pastu petang tu kita tidur jap . Malas layan tetamu T.T
Hari Raya Kedua
Hari yang kedua adalah hari raya kedua =) ok abaikan . Hari kedua kita pakai ABAYA LACEY DRESS by MINAZ tauu . Hehe . Seronakk . Kain dia sejuk and selesa . Hee Untuk hari kedua banyak ni je Gambar ada :')
Hari Raya Ketiga
Hari ketiga pulak tersangat lah bosan . Sebab dari pagi sampai 4pm takde orang datang umah . Family lain pulak pergi kenduri bertunang cousin.Tasya tak pergi sebab kena tinggal T.T . So duk lah kat umah . Nak keluar tak tahu p mana.Tetibe jam 4.30ptg Beberapa buah keluarga sampai ke rumah .. dan seterusnyaaa datang..dah tetamuuu terus datangg sampai ke malam.Tetiba ramai yang datang T..T . dari pagi tunggu punya tunggu tak datang datang pun *pelik*
Umah tak cukup gelas tau masa tuu . Wakakaakka
Inilah aksi posing yang membosankan . hari ketiga pun ! Tasya pakai LACEY ABAYA DRESS dari MINAZ jugak . Turqoise =) tudung tuu pulak yang adik punya buat pergi kelas malam . Tasya rembat je . Duk umah . heee .. Hari hari seterusnyaaa malas la pulak nak bercerita . nanti tak habis habis o.o
Raya tahun ni orang ramai tak kenal . Sebab apa muka lain katanya .. maybe sebab ada besi duk tergantung kat GG ni . Muka pun jadi tirus macam timun . hehe .
Rumah Terbuka
Hari raya yang ke 6 , Umi kejut awal.katanya ada perjumpaan anak beranak anak nehh . Salasilah Anak Haji wan Mamat katanya . kena pergi semua.Okay konfiden je Tasya pakai Abaya yang sama , Turqoise tuu dengan Wide Shawl !
Perjumpaan itu berlansung di kediaman pak saudara Tasya..Dato Haji Awang Tera...
Ambik haa . Sebijik keturunan kami ! Ada lagi yang tak dapat datang disebabkan dha masuk kerja :)
cuba cari Tasya kalau jumpa . okay . Taknak cari takpe
Dengan kakak .
Ni dengan Kakak Ipar sayang :DD
OKAY STOP MERAPU . AKU RASA MAKIN MELERET JE .