Quantcast
Channel: Cik Tasya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 76

MENCUBA SESUATU YANG BARU : BUKA BOOTH

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ni Tasya rajin sikit menaip naip walaupun jarang update okay. Nak share story pasal Tashma Couture booth awal bulan october hari tuu..di TATIUC . alkisahnyaa sempena konvokesyen,terbuka untuk sesiapa saja dan boleh booked booth masing masing. Dengan kompidemnyaa apa lagi Tashma join sekali untuk pertama kalinya. :'D .


Tak memberi masalah juga kepada kami sebab location booth dekat juga dengan kediaman kami , tapi penat dia tu macam takde badan rasanya  :'D yang masalahnya kami perempuan (founder : KAKAK & ADIK)) angkat kemas susun barang barang selama 4 hari Ya ALLAH.. baru ku tau macam mana susahnya peniaga peniaga lain, mereka mencari sesuap nasi mungkin macam ni lah situasi mereka kena hadap hari hari.. 

Nak join ni sebab suka suka nak rasa jugak macam mana yang orang lain rasa, best ke tidokk...lagi pula rindu tempaattt studyyyyy kiteeeeee.. T.T .Alhamdulillah okay juga. syokkkk...lepas ni boleh belajar lagi mana yang kurang, maklumlah kami baru lagi dalam bisnes ni.

Seriusly, first day sangat kaku and tak tahu nak mulakan macam mana, strategi tu langsung takde and blurr sangat. Kami (kakak & adik)  gelak je kat diri sendiri . >.< padahal Tasya ni banyak cakap jugaa.tapi entahlaa bila customer ad depan mataa mulut kakuuu macam kena jahit.. macam macam skill kami buat. Adik cakap kite jerit lah macam orang jual ikan . :'D haha . oh sama sekali tidak. memang taklah nak jerit macam tu.& hari ketiga dan keempat baru kami jumpa strategi nyaa . Lucu kalau ingat peristiwa tu balik.


Selama 4 hari bangun awal gilaaa! & tutup booth jam 10/11 malam. hari last kami kat sana tutup booth jam 1 pagi . Tak larat sangattt tapi kuatkan diri demi TASHMA tercinta, lagi lagi En tunang ada sekali tolong @.@. Kesian adik lagi tak larat pastu drive pulang lagi malam buta . oh sadissss...




So lepas ni kami (TASHMA) plan akan jelajah pantai timur ! Bermula dari bawah,inshaAllah ada rezeki tak kemana. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas. usaha & tawakal sahaja.Jangan sesekali berputus asa. Apa orang nak cakap jadikan kata kata semangat.Pekakkan telinga dan maju kehadapan. pernah juga rasa down setakat bisnes ni tapi dengan support orang sekeliling naik jugak semangat aku ni.huhu. Tak selalu kita berada di atas, berada dibawah juga kite semua akan merasa Sebelum ni,Pernah juga hangat hangat tahi ayam haha.

Lagi lagi sehari sebelum buka booth Tasya dapat tahu masa tu takde student student cuti hari raya Aidiladha .luruhhhhhhh jantungg dengaar macam siaa siaaa je..t.t Tapi kuat kan diri jugak walaupun malam sebelum takleh tidur fikir mesti banyakk cengkerik bunyi nanti . hahax:D (KRIK KRIK)



Gambar hari kedua pagi pagi . (Ngantokkkkk sgt!) !!!! :'D

Kebanyakan kami jual aksesori wanita, shawl & pin semua semua . so lelaki memang takde datanglah jenguk booth kami.kalau ada pun duk mancing ikan jaa -,-. Jangan lupaaa!!! online shopper yang tegar boleh jenguk ig : TASHMA_COUTURE


InshaAllah jika tiada aral melintang kami akan ke Terengganu pada bulan november. so pakat mai ok. Tunggu update dari Tashma_Couture Date & Venue. So orang pantai timur bersiapa sedia yaa... :D


InshaAllah lepas ni Tashma Couture akan buat banyak lagi produk dari kami sendiri.semua dalam plan cuma tunggu masa dan keadaan yang sesuai ja..maklumla keadaan tidak mengizinkan. Sekarang hujung tahun agak susah juga nak start, maklumla nanti busy pasal wedding pula -,- . btw
terima kasih tau yang support kami sentiasa..walaupun kami punya bisnes tak famous mana macam orang lain,tapi kami usaha untuk jadi yang terbaik. inshaAllah..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 76


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>