Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Okay ,luangkan sedikit masa untuk baca entri ni okay . Tasya nak share kisah braces =')
Hari ni adalah hari kedua hidup sebagai si Gigi Besi . Demi Allah sampai saat ni rasa terseksa sikit . okay takpe . =') Tahan . Berbuka tadi pun makan Taufufa dengan Air masak je . Rasa sakit terus telan pil . Memang buat masa sekarang tak boleh makan apa apa yang keras . Nasi ke apa.. tapi depends lah If korang boleh makan . boleh tahan syukurlah . kalau Tasya memang surrender . Gigi atas bawah memang tak leh nak gigit . sengal dan sakit.try makan laksa tadi seurat demi seurat makan . Memang ramai cakap pakai braces jadi kurus . so Tasya yang kurus ni memang kering la nanti ='). Ramai sangat tanya Tasya pasal kos and mana buat , berapa lama . so sini nak story and sharing sikit .
Lain gila muka . No more lagi senyum gedik macam gambar bawah ni ;')
Kalau semua nak tahu . Gambar atas ni . Gambar last tasya boleh senyum cenggini . :') Maybe after 2 3 tahun dapat senyum macam ni balik
Kos
Dari segi kos tu . standard harga braces rm3k+++ atas klinik dan perkhidmatan dia pulak lah macam mana Area kemaman
Klinik Pergigian Syarifah Kemaman kos untuk braces RM5k - 6k+++ maybe rawatan dia bagus kot .. tasya tak pilih Klinik ni sebab kena buat appointment selepas raya . Opps..dan
Klink Pergigian Lee Kemaman kos nya pula RM4500 . Tasya pilih
Klinik Pergigian Dharshan Kuantan RM3000.00 . sebab murah , ( tak termasuk retainer) lagi satu dia boleh buat terus . Klinik lain kena buat appointment dulu pastu,check gigi . pastu datang lagi amik sample gigi . pastu datang lagi Tampal .Pastu datang lagi cabut gigi ke . so kena ulang alik .
agak leceh disitu . nampak tak?nampak tak? Memandangkan Tasya susah dengan transport..ulang alik.
Senang cerita Tasya pilih Dharshan . memang cekap . hari yang sama jugak amik sample gigi,tampal dan pakai braces tu.. murah pun murah . Tak okay tu cerita kedua.buat dulu . Tawakal je lah . Tipulah tak okay . kawan kawan Tasya 90% bila tanya buat kat mana . semua cakap Dharshan,sebab tu Tasya rasa nak buat jugak . dah Tengok gigi kawan sebelum dan selepas pakai memang shantekkkk ! Tasya buat terus la . hehe sebab excited sangat nak pakai raya nanti :'DD . Lagi satu pergi melenggang je . tak buat appointment . tup tup balik umah berbesi gigi =')
Tasya punya cabut tampal semua sekali dia buat . Masa rawatan pertama tu dia amik sampel gigi .Then, Doc tampal dua gigi bahagian bawah ni . Hehe . Kos tampalan Gigi termasuk sekali . Kos pembayaran untuk mula mula ialah sebanyak rm1500 dan terus boleh pakai si pagar besi ni . If nak bayar cash rm3k pun boley . Nak bayar tiap tiap bulan pun boley , tiap tiap bulan harga dia rm150 . Dan untuk check setiap bulan , check gigi kite lah rm50 . Total semua sebulan RM200. :) .
Bila gigi dah cantik kena pakai retainer,untuk retainer pulak RM500 Cuci gigi kita pulak lepas buang braces RM 100 dan untuk Upah cabut brace RM100.
JUMLAH BERSIH : RM 3700.00
Rawatan
Setiap bulan mesti kena pergi ke klinik tersebut untuk check GG dari masa ke semasa . Tambah lagi boleh tuka kaleeerr besi tu tiap tiap bulannn weeeee ... Buat permulaan . Tasya diberi warna merah jambu . hukhuk :'( sakai je . kata Doc kena pakai warna cerah dulu . Hmm fikir fikir mungkin dia buat macam tu sebab taknak bagi nampak gigi ni teruk sangat . Gigi senget senget pakai pulak warna gelap.boleh bayang tak ? mesti jelas kesengetan kegigian itu kan kan ? ^^, Walaupun ku rasa macam emm okay takde ape...
Lagi satu tiap tiap bulan kena jumpa Doc sebab nak tengok perubahan pada gigi kita . Dia akan ketatkan lagi besi kat gigi kita tu.If pemakai rasa sakit sangat sangat bagitahu Doc..and inshaAllah Doc boleh longgarkan sikit besi tu . Kalau boleh tahan sakit sokay . hehe . Kemungkinan besar lama skit la jangka masa pakai tu .
Ubat-Ubatan
Untuk ubat pulak Doc ada bagi pil Tahan sakit,dan pil kalau sakit.heee dan satu benda kiut kiut macam jelly tak jelly..Macam lilin tak lilin entah nama dia apa . Mende tu kita pakai tampal kat lebihan besi yang di potong oleh doktor tu . hehe If sakit letak mende tu kat besi:) Tak sakit lah
Sakit Tak ?
Masa Doc ambil sampel gigi tak sakit pon . Masa Doc tampal gigi tak sakit pon.Masa Doc cuci gigi tak sakit pon juz ngiluu je . Masa doc pasang tak sakit pun . Kita hanya ngange seluas luasnya macam badak air . EHH bukan . nganga je lah mulut tu . takyah nak cover cun sangat masa nganga tu , redah je nganga macam mana . hehe . Doc akan letak satu persatu besi petak petak kecik tu kat gigi kita sekali dengan gam dia pastu laser ., maka,tertampal lah si petak dengan gigi ku disitu . Masa pasang wayar besi tu sakit . yang halus tu . sebab dia potong potong kat gigi . :'( tak selesa disitu . TETAPI !!!!!!! Masa hari kedua . tambah lagi bila makan sakit kite dengan Allah je tahu.
Jangan sedih kalau sakit tengah tidur , menurut pengalaman kawan kawan Tasya yang pakai memang mula mula sakit sikit . Sebab besi tu tarik gigi kite ke dalam :') Nak tido pon tak tahu posisi mulut macam mana . Gigi atas bibir kah ? Perlu ternganga ke masa tidur ? hikhik tu atas korang lah ..=) sekali tengok muncung macam mulut ikan pun ada.hoho
Makan memang kena berjaga jaga . kalau nak tahu lagi korang google lah k pantang larang dia ;).Tasya tak nak tipu korang semua cakap tak sakit , Tambah lagi yang bakal nak pakai braces sejujurnya agak sakit sedikit permulaan pakai tu . Sebab gigi ketat .. Tapi jangan bimbang nak cantek punya pasal . Sabar sikit k .:)
Senyum
Sebelum tidur pun boleh senyum lagi okay . Itu sebab dah makan ubat . hehe . Senyum tu memang kekok sangat . Tasya dah tak boleh senyum seperti biasa . Kena senyum nampak gigi jugak . *Gedik lah senyum nampak gigi* walaupun gigi hodoh kan . :') Segan wehhh ,Tapi kawan cakap tak pe . Jgn hilang Self Confident tu :') Confident je . hmm memang ada giveup sikit la . sebab senyuman ni . Tapi tak pelah walaupun xleh nak tutup mulut . Kita buat buat senyum je lah.
Ni kalau Tasya tutup mulut . Nampak macam makan coklat kan ? Bukan.Sebenarnya makan besi.=p Orang lain juga turut mengalami masalah yang sama . Dulu aku selalu kutuk pemakai braces selalu senyum nampak semua gigi . Nak tunjuk gigi besi lah tu . Rupanya,memang takleh tutup,sekarang dah kena kat diri sendiri ;')
Nak temukan gigi atas dan bawah tu memang tak leh la . sengal dan sakit sangat . So buat masa sekarang memang takleh nak gigit mengigit.
#lepas ni boleh senyum nampak gigi dahh . lalalaaa sebelum ni senyum asik tutup mulut je a'ah gigi tak cantek =p
Ini gigi sebenar gue . Agak teruk..Gigi bawah. Gigi atas pulak macam piano . memang doc akan letak mengikut susunan gigi kite . =p Kite tengok before and after selepas beberapa Tahun ^^,
Ini pulak gigi kakak Tasya . kami buat bersama . Memandangkan gigi dia pun tak elok . hehe .
Tak sabar nak tunggu 2 3 tahun lagi macam mana lah gigi kami ya . hoho . Kadang kadang tengok cermin masih tak percaya ada besi kat gigi ni . Maklumlah "Braces" salah satu dalam wishlist Tasya.hehe ada masa baru buat memandangkan dah habis belajar . sebelum ni macam macam hal . hehe . Alhamdulillah syukur berjalan dengan lancar . Tempoh pakai selama 2 tahun . itupun tengok keadaan gigi . Kalau ok cabut cepat . Kalau tak okay lagi lama . :)
Beraya dengan gigi lah kami Tahun ni . Btw tak match lah baju raya tahun ni dengan Warna gigi T.T Okay . Itu saja . tengah menaip pun tahan sakit ni :'D nanti Tasya story lagi ok . Setiap bulan !
Sempat shopping peralatan GIGI . yang penting brush dia tu . Heeeee
SALAM SENYUM DARI HANTU GIGI BURUK :DD
Terima Kasih
Ingat TASHA MANSHAHAR je pakai braces ? CIK TASYA pakai jugak tauu