Quantcast
Channel: Cik Tasya
Viewing all 76 articles
Browse latest View live

Kisah wayang bersama =D

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya dah lama sangat Tasya tak tengok wayang . Dulu masa belajar selalu je pergi , sekarang dah susah sikit . hihi kesian betul . Alkisah hari tu adalah plan tetibe nak pergi tengok wayang dengan kawan kawan,bukan apa lama dah tahan nafsu tengok wayang dengan kawan kawan . Heee . Kebetulan kami semua memang nak pergi setel kerja sikit,pasal konvokesyen , So melencong la ke lain duluu

Masa otw nak melencong tu ada roadblock ! Heee . lamaaa jemm . sabar je lah

*Watermark besar gedabak!*


Bila pergi tanpa tujuan , tak tahu la nak tengok citer ape. Kite pun beli tiket untuk citer Lagenda Budak Hostel . Bukan apa Tasya nak tengok Noradanish je . hehe tapi dalam citer tu  watak dia timbul tenggelam . Tak banyak cakap.hehe.Kelakar jugak . tergelak habis dalam panggung . Kisah pasal life hostel .. serius rindu hostel bila tengok movie ni :'D

Rasa nak duk hostel balik,basuh baju sendiri , tidur ramai ramai dengan kawan . Makan maggi cup beramai ramai di tengah malam . Emm buat kerja sesame . hukhuk . Segalanya tinggal kenangan ,



Tak apa Tasya bagi 4 bintang untuk cerita ni , disebabkan kelakar tak kering gusi bila nengoknyee =p . Kisah dua jejaka berebut heroin (noradanish) *Seroja* kat sekolah.macam macam gelagat , Nak tarik perhatian Seroja . pergi la tengok ye u olls semua.. Best citernya !


Sekarang memang Tasya kurus sangat . haha 90% Tegur kurus . ni semua disebakan braces dan masalah masalah yang datang . *stress* . Betul bila pakai braces jadi kurus sebab jaga makan dan rahang kita x sama macam dulu :'D dulu membolat pp . sekarang tirussssss  . Dah hampir 2 bulan lebih hidup dengan GG besi ni . Alhamdulillah ada perubahan sikit .


Ohh yaa . Kami pemandu berhemah okay . Memandangkan ada roadblock, kami semua menjaga keselamatan . wahh wahh *berlakon je ni* abang polis tengok kami pelik je satu kereta pakai seatbelt .-.-


My Graduation Story =D

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

KrikKrik,selepas 11 hari, baru lah ada masa sikit nak update entri pasal konvokesyen kite =p wuwuw hepinyeerrrrr....Majlis konvokesyen tatiUc kali ke7 ! pada hari sabtu yang lepas,28.9.2013 .. Alhamdulillah Umi and Kakak kita datang tauu tengok ni . *syukur* gembiraaaaaaaaaaaaaa tahap max . akhirnyaaa dah grad !

Ok . ready cuci mata ye=p

                                               

Rasa macam baru je masuk belajar . Rupanya dah 3 Tahun belajar (Diploma) . habis dah :'). Sedih pun ada jugak berpisah dengan kawan, Lagi lagi rindu nak buat assigment sampai pagi buta, Rindu sakit mental disebabkan assigment. Rindu ponteng kelas ,And sume sume laaahh Heee tapi sume tuu jadi kenangan daa . :'). Kenangan yang akan disimpan dalam memori hatiku.ecehh !

Story sikit ni pasal Konvokesyen hari tuu . heee . kami bangun awal tauu . Jam 6.15am . haha nampak tak semangat tuu ? =p pagi pagi suci je muka kan . Maklumla tak panas . lepas mandi lagi . Comel je masing masing masuk dewan. Minyak wangi habis sebotol lah spray .. maklumlahh hari bahagiaa kamiii..eeeeeee macam tak percaya je dah habis . Dulu mulut kami selalu duk membebel..lambatnyaaa konvooo, lambatnyaaa, cepatlahh masa berjalan..*Masa tu  tension sebab assigment* kami sentiasa menghitung hari .


(Perasan tak kami bertiga gengster dalam gambar tuuuu???yang tengah tuu taikoo ok, Yang kiri tu abang besar walupun tak besar,Yang kanan tu bonzer aku)

Walaupun kami berbeza ketinggian, Itu tak menghalang persahabatan kami bertigaa..wahaha *tak kelakar* lagi membuatkan kami belajar terima kekurangan masing masing ada lah . hee . Em,Kami dipaksa pakai tudung putih tauu. Formal..peraturan kolej kami time konvo memang macam tuu.. Last Tasya pakai tudung putih masa semester 1 .

Tu pun sebab pinjam dengan kawan,tudung Tasya malas nak iron..sebenarnyaa benci tudung putihh ni,,sebab muka tak berapa nak putihh . Kalau macam Emma Maembong takpelah jugak . @.@ Igt time nikah nanti jee pakai putih =p rupanyaa tidakk . Ohh nak taknak kena pakai jugakk . Ohsemmm nyaa muka T.T.Memang pelik sangat rasanya pagi tuu muka pakai tudung warna sesuci kapas gitewww -______-


OK . Stop merapu pasal tudung , Cuma nak bagitahu gambar diatas dan dibawah ini adalah rakan kolej Tasya. Ok tu je . Yang tengah tuu Em emmm . ok kite la tuuu T.T



Ini pula adalah geng bas sekolah. okay tak kelakar . ni gang kelasssss !! Dieorang lahh penghibur dalam kelas...memang rinduuu gilaaa lahhh kat mereka ni nanti.semoga sukses di luar sana ya kawan kawan :'D . Yang belah kiri tu inai masih merahh .(macam tajuk citer) Sempat jugak dia ijabkabul yerr.. Sementara konvo ni,Selamat Pengantin Baru kawan . hee . (Jeles tahap 999) jeles sebab husband dia ada sekali time konvo.haha . Ok,Hujung sekali tu jubah dia lain sikit . (Jeles lagi) haaa pelajar terbaik kos kami . hihi , Tahniahh Tahniahh..sebenarnya aku yang kena pakai.tapi aku kasi dia je pakai,,demi kawan.Ehhh =p


Dah masuk dewan,macam macam lah menyanyi tu lahh ni lahh . TT.TT


Pic ni Tasya paling sukaaa posing dengan HOD course Tasya tauu . Encik Hafizi . entah bila lagi jumpa Encik ni yaaa . Terima kasih sangat Ilmu yang diajar Encik ,inshaAllah akan saya praktikkan dengan baik.hihihi . (Sambil lap air mata)


(Muka masa ni takut pun ada . panas dan mood mencari ibubapa..huhh..bersalam dengan orang tu orang ni . orang sibuk duk wish congrate2 sebab tu keadaan Tasya selekeh sebegini ohh tidakk.lagi2 bawak barang yang banyak.)Tetamu paling berharga masa tuu. :') my Ummi..mula2 masuk dewan kepala Tasya terlenggok lenggok cari Ummi and kakak =p. Takut tak datang.hehe


Tolong jangan tegur kasut aku berkilat macam kasut nak g berkawad ples TT.TT


Tolong jangan tegur tudung aku selekeh cam gituu, Tolonglah jangan bandingkan keadaan sebelum / selepas majlis =p . selekeh . peduli apa kan 


Yeahhh . dah masuk babak bergambar dengan BFF ! :'( Seriusly sebak bila teringat balik, Kami dah takkan kerap berjumpa macam dulu lagi dahh . Bergambar pun mesti kurang dahh. Masing masing buat kerja sendiri sambil membawa ilmu yang ada...:') *apebenda ayat lahh*



Alkisahhh , kami pergi outing jam 6.45pm hampir maghrib, Sebab cari tempat . Lepas habis majlis kiteorang rehat dulu tauu . sebab tu tudung kami n pakaian kami lain sikitt. Mau pakai pakaian yang sama..panas ehh . Petang berselipar jepun,padahal pagi tuu pakai kasut tertutup dah macam nurse dahh =p




Biasa anak anak dia je bergambar bersama 24jam . Nah kali ni sekali dengan mak mak kita ajakk =p


Mase ni tak berdebo pun . Cuma excited nak masuk adalah . Beratur panjang


uwuwuw . btw my Princess Dress from MinazBoutique.sukee sgt..comell @.@


Thanks semua yang wish dan yang bagi hadiahhh :'D terharu.. Terima kasih *buat-buat nangis* Ramai sangat tanya Tasya sambung or kerja or kahwin or lain lainn..heee . Tu Tasya malas nak jawab, Tasya berserah saja..kita merancang Allah tentukan..InshaAllah ada kesempatan sambung lagi . Rezeki dah ditetapkan oleh Allah... kalau kita cakap nak sambung belum tentu Allah izinkanya.Kalau Tasya sambung habis belajar umur 24 ,Ok byee tua berjanggut daa..inshaAllah dengan izinNya .,dapat lah sambung lagi . 

Mana la tahuu niat nak sambung tetiba ada orang datang meminang . Ehh =p . Niat nak kerja tapi parents paksa belajar,Mood nak kahwin tapi takde calon . So benda macam tu Tasya berserah padaNya.. benda mustahil pun boleh berlaku... heee Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hamba hambaNya. Apa apa terjadi lepas ni Tasya terima je. Just Doa lah selalu mintak yang terbaik untuk masa depan kita. Aminn...:)


*Bear kelabu bukan nama sebenar*




Mari bercerita

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

*Berjaya  tutup mulut*

Dah masuk bulan ketiga dengan braces , ! Sangaaatttt berubahhh GG ku ini


Lama tak update blog . Tasya busy sgt..busy mengalahkan bini menteri menteri je =p . *tipu* . Sejak akhir ni mood malas berblog tu selalu je ada dalam diri ni . hee . Sebab tu jarang update . rasa ada topik yang penting je Tasya publish . hee kali ni nak share pasal kite dah dapat sijil Dip kite taw =') *lap air mata

Gambar dibawah adalah candid semata mata TT.TT


Kwang kwang kwang akhirnyaa dah dapat gambar konvo, Tapi macam kelakar je . haha *gelak diri sendiri* Gambar ni rasanya macam Tasya tengah pregnant 5 bulan . Muka pulak tak ready lagi . Eshh besanyaa mulut bila senyum @.@ . Nak taknak ni je gambar yang atas pentas . heee :'D.Gambar ni nak tunjuk kat anak cucu cicit kite nanti tauu





Ramai sangat tanya ape plan lepas habis belajar, Tasya sentiasa abaikan soalan tu dan taknak jawab.ahaks ! bukan apa . ramai tanya, soalan sama je,jenuh nak jawab . Hee . Tasya sekarang belum sambung belajar lagi . Nak bincang dengan parents dulu boleh sambung or tak . Hee sekarang kite tanam anggur & menolong emak dirumah . hee jadi surirumah . Lagi pun tengah amik lesen jeee *tutup muka malu* Eeei . baru nak amik lesen =(

Mana lah tahu ada orang nak masuk meminang nanti . ehhh =p

Okay . Tu saja .




Mengisi masa yang terluang.....

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ingat duk umah sesaje je ke . hikhik . Sekali sekali buang tebiat jugak . Mencuba buat kek!! Kek span . Hari ni Chef Tasya nak share resipi kek span *padahal bukan resipi aku pun* Best juga main menda macam ni, Boleh tunjukkan skill berBakery tu . Kek Span Tasya tema warna warni . ihiks ! maklumlah tuan empunya ni ceria sikit so semua benda colouful . Kalau u olls semua buat kek or apa apa je,Share sini sikit.Kita pun nak berjinak jinak dalam dunia berBakery . cehh .

Satu pic tu je sempat Tasya amik . kay =')

Tasya google je lah resipi .. walaupun masa tu Hp battery low gilaa gilaa.. tade cas .. Cepat2 prt screen resipi tuu . N save lam phone . Buat kek ni guna 3 warna je sebab warna tu je yang ada kat dapur.uhukks . Pink , Kuning , & Hijau,konon nak buat warna pastel, sekali siap bakar . Pergh warna . Terang sangat,ni disebabkan banyak letak pewarna la ni . Tapi takpe okay jugak..colourful giteww ^^ *cover*

Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred b
- 170gm gula kaster
- 1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
- 100gm tepung gandum
- 1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
- 40gm serbuk koko
- 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara-caranya :
1. Pukul telur *jangan ganas sgt pukul tu sakit telur nanti* , gula, ovallate dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan bertanduk...
2. Masukkan tepung, baking powder & serbuk koko yg telah di ayak ke dalam adunan...
3. Kemudiannya minyak jagung dan kacau sebati dengan cara kaup balik... kacau rata2 k...
4. Isikan ke dalam loyang 8" dan bakar menggunakan api atas bawah selama 30-35 minit pada suhu 170'c...Bila kek dah masak.. keluar je dr oven.. hentak2 skit.. perlahan tau.... lepas tu terus sejukkan kek di redai... kang klu lambat2 kek jd kecut...



PAM PUM PAM !!! DUSHH !! GEDEBUK GEDEBAK ! Tadaaaaaa ! Siap . Boleh makan !

 

Selain dari itu, sesiapa yang follow habis HijabistaMag ni mesti perasan, Ada satu tajuk muka surat 209 kalau tak silap, Pasal Ragam Dunia Fashionista. Kat page tu ada cerita pasal Ragam Fashionista ni lah,and cartoon cartoon fashionista dia comeell sesangaaattttt . Besar je bijik mata cartoon tuu . Lilit sana sini . Tasya pun try la lukis ikut kartun kartun tuu . Wahhh .. macam ada iras je..macam cantik jee..macam comel jee..:3


Turban gituu..kau ada =p


Ni ramping sikit ni..terlebih minum aura slim agaknya


Curi pemadamm adek . Dia baru habis PMR 


Yang ni dengan Furla and pashmina berbelit belit kat leher .


Okay btw kelmarin kena cabut dua batang GG bahagian atas . Kelmarin adalah pengalaman yang paling ngeri . Sampai hari ni pun sakit lagi jahitan kat gusi ni . Pastu braces kita dah tukar getah dari warna merah hitam ke warna grey light . Macam huduh jee . Macam apee jee...k cantik tak gambar kite ? ;3 . Gambar di sensorkan sebab tuan empunya muka macam nak nangis . hahahahaaaaaahahaa k tak kelakar


Terima Kasih membaca,


Kisah Rabbit...

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama sangat dah tak menulis kat blog picisan kite ni kan .
hee terima kasih kepada yang sudi lagi membaca :')

Sebenarnya nak citer pasal baby rabbit baruu .. Dulu beli Mama rabbit tu masa umur 3 4 bulan macam tu lah . beli masa Februari 2013 . Masa tu tengah belajar lagi . hehe bela kat hostel .


*Gambar 10 bulan yang lalu . mula mula beli Ibu dia "LULU" hahax

Dah 10 bulan bela dia besar dah jadi Mama dah . haha . akhirnya Lulu bagi Tasya 5 ekor cucu :') . hee Tasya dah dapat cucu dahh 5 ekor..tapi yang hidup 3 ekor yang lain terKiokk daa umur tak panjang . Kalau tengok gambar baby ni mesti seakan akan anak tikus .Ramai pulak yang geli nak pegang menda ni . takde bulu katanyaa macam anak tikus . hihihi . dah ada bulu berebut pulak nak pegang kan..kan..




Selalu snap pic sebab nak tengok progress pembesaran mereka ni . haa memang nampak sangat makin hari makin tumbuh bulu si kecil kecil ni . Hari ke12 si cinonet ni semua baru dapat muka mata . Kalau di pegang kecik je menda ni . Terasa panas panas and licin pulak tu kulit diaa.haha geli tak ? jangan nak geli sangat . sebab bila dia dah besar merekaa comeelll sangaatttttt :')




Ni lah makhluk 3 ekor tu , dah besar panjang da umur 21 hari . semua comel comel :') *puji rebbit sendiri. nak je gigit kepala tuu . Putih,Kelabu dan hitam . Okay sape nak baby mcm ni..bela lah rabbit sendiri k?=p sabar dan sabar,satu hari akan memberi hasil, macam Tasya 10 bulan tunggu baru dapat cucu . haha 


Ok tu je 
Bye . Salam Sayang dari Tasya & Rabbit








Tahun Baru , Cerita baru

$
0
0


Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam 1 kangkung..Ehh



abaikan muka

Hai semua . Lama sudah Tasya menghilang . Blog pun dah tak aktif mana . hee biasa lah sekarang dah macam macam ada media sosial . Senang dan ekpress macam instagram . Upload and story kat situ . tak perlu berbLog dah . Tapi itu lah rasa macam tak sanggup nak tinggalkan blog kesayangan ni macam gitu je :') sebab dulu gila gila update kat sini kan . Setiap benda update dalam blog ni . Siapa yang selalu baca blog ni mesti tau . ='p

Kalau zaman dulu dulu, Makan kat mana mana kompem update punya . Sekarang sebulan sekali update mungkin . hehe . Kalau dulu zaman belajar . macam macam buat ... So banyak lah topik . Sekarang duk goyang kaki kat rumah . Agaknya cerita apa lah nak di kongsi..

Kat sini pulak lepas je keadaan banjir Kemaman . line hp and internet semua jadi putus putus . kalau on laptop tu memang sakit hati lah line memang takde . *salahkan internet padahal malas*. Agaknya wifi rumah ni yang bermasalah TT.TT.*cerite lama*

 Agaknya kan, agak agak la..ada lagi ke pembaca blog ni masuk sini ? ;') kalau ada Alhamdulillah .


Sekarang dah tahun 2014 , Tapi Tasya nak cerita pasal tahun tuu lepas entri ni boleh tak ??

Tahun baru so plan terbaru Tasya adalah butik ! yayy ."TashMa" insha Allah Februari 2014 ini dah boleh launch . "TashMa Couture" Tu pun kalau tak de aral melintang . insha Allah dengan izinNya...Semua dah prepare da . Sekarang tunggu baju siap jahit saja . :') nanti dah prepare penuh Tasya announce k . Tapi setakat ni tak buat di Facebook Page lagi, cuma instagram saja @Tashma_Couture . Follow yaa ! 


"TashMa Couture" 100% design sendiri .. Kami hanya buat satu batch untuk beberapa design . Design yang berlainan . limited design k . Bermakna batch seterusnya kami akan keluarkan design yang lain pula . So kena cepat cepat lah Grab . sape cepat dia dapat ... (^^) kalau terlepas order . Maaf lah . Btw Doakan supaya baju yang ditempah cepat siap k . haha

Untuk permulaan ni Tasya sediakan 40 pasang baju untuk dijual . :') Alhamdulillah Tasya takde masalah semasa mencari material kain . Tapi boleh tahan jugak lah penatnyaaa TT.TT.

Idea pulak kering nak mix and match . Lain dirancang lain dibeli . hihi



 


Busy sebab setel menda menda ni semua laa TT.TT hope dipermudahkan.

So sokonglah perniagaan tempatan !! *tetibe*


salam sayang dari Cik Tasya untuk semua :))
 Selamat Tahun baru dan Salam Maulidur Rasul semuaa . 


Madinah....

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Jangan terkejut dah la gambar tuu , Memang takleh nak cover GG . :') Yayy dah 6 bulan jadi si pemakai braces. GG semakin rongak dan tersusun berbanding dulu dulu . berlapis lapis macam ape je hihi btw Hai semua . dah berkarat diari kite dalam ni . huhu . Walaupun tengah kering idea ni *sambil kunyah chewing gum* nak jugak update blog berkarat ney ini malam . wee ~ ada lagi pembaca kan ? hee . Jangan tutup tab ok . baca lah dulu sampai habis . Kesian kite update blog tapi takde yang baca . haha pendek je ni . tak panjang pun . 


Sebenarnya motif malam ni . Nak publish satu gambar pergi umrah jun lepas .. Tetiba rasa rindu kat Madinah and Makkah . Jumpa gambar ni . Rasa nak share dengan u olls semuaa . hee :') . Masa ni kat Masjid Nabawi . Tenang je tau kat sini . hee . sape dah pergi mesti apa yang kite rasa sama kan kan ? :') . Gambar ala ala Puan Hajjah .. ekekeke . Tag tak tinggal . sebab takut hilang . Bag tu dalam tu macam macam ada . hehe serbagunaaa . Tag tu kalau takde sesat mati laaaa *penakut* nak tengok gambar kite kat tag tu ? haha 


Ok Bye



Siakap kap kap kap...campak

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Maaf lah . Sayur ni besar sangat . heeee . Kali ni nak merapu pasal "Siakap 3 rasa campak" . Sebenarnya cerita dah lama , tapi Tasya saja nak share and merapu kat sini =p . Minggu minggu yang lepas dengan tetiba datang lah mood nak memasak . Hee apa lagi,segalanya di hujung jari .. laju laju taip resipi siakap 3 rasa kat encik google . Haa scroll lelajuuuu resipi . heee . Then ikut lah arahan dia . 

  • Minyak Masak
  • Seekor Ikan Siakap
  • Serbuk Kunyit 
  • Garam
  • Bawang Besar (mayang sampai bosan)
  • Bawang putih (cincang halus)
  • Halia (hiris halus halus)
  • Cili Api (hiris kecik kecik)
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Gula
*Sorry kalau ada bahan yang tertinggal

Mula mula campak lah ikan siakap yang dah dibuang sisik nyaaa . campak dalam lautan minyak di dalam kuali . gedebushh! biar dia swimming dalam tu . Sebelum campak tu, gaulkan serbuk kunyit and garam and sedikit air kat ikan tuu .. then goreng la sampai garing and masak . Ok dah masak ikan tuu . angkat simpan tepi duluu ...

Seterusnya, jom main campak campak .. panaskan sikit minyak ala ala nak menumis cenggitu...haa dah tu campakkan cili api yang dipotong tadi dengan haliaaa..dush dushh . pastu sampai naik bau .. aahh letak la semua ikut suka . bawang bawang yang di potong di mayang di cincang dihiris tadi tuu sekali dengan bawang putih . Tunggu naik bauuu . heee =D "ni versi sendiri ikut suka Tasya je nak letak apa apa" 

Ok sementara tuu log in facebook sekejap scroll TL..jenguk Instagram duluu apa yang patutt .. ok dahh !

Kembali pada kuali, terus engkorang letak lah sos cili , sos tiram , sos tomato sekaligus .. then kacau kacauu dengan lemah gemalai .. nak sedap lagi sambil kacau tuu sambil berselawat sikit :D . Lepas tu pulakk . letak sikit air...supaya tak nak pekat sangat .. letak lah garam secukup rasa or ajinomoto dan gula kasi manis sikit .. kalau kuah engkorang buat tuu terlalu cair sampai penuh satu kuali ... cuba letak sedikit tepung jagung kasi likat and pekat sikit:)

okay biar dia larut duluuu .. sementara tuu pegang HP snap pic duluu upload kat insta letak caption.."siakap in progress" biar satu dunia tahu , =D


Wahh bangganya pic ikan cenggini dapat 49 like. Tu motif sebenar benarnya 

Seterusnya, Bahan bahan lain nak tambah sendiri ikut kesesuaian pun tak pe . asal kite boleh makan and rasanya enak ! pun dah okay . Letak nanas dipotong dadu pun okay:) Kalau Tasya, masa bahan bahan dalam kuali tuu Tasya ada letak jagung campuran tuu . yang warna warni tuu sebab bosan tengok kuah dia takde colourful .  Apaa eh nama dia T.T . errr . okay abaikan.

"Tasya suka kelar ikan ni hehe baru lah puas hati . kalau boleh nak kelar semuaaa satu badan ikan "

*hodohnya gambarku*

Dah siap letak ikan tadi dan cuahkan rata rata atas keatas ikan tersebut..sebelum cuah tuu pastikan ikan tadi dah mati dan tidak bernafas ok.*lawak hambar.........hehe untuk hiasan pulak potong halus halus daun bawang or daun sup..brokoli pun boleh . dan apee sajeeeee =D




Okay abaikan rupa dan hasil "Siakap 3 rasa campak" Tasya ni >.< 







REVIEW : TASHMA COUTURE (APRIL)

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Im back . ! bulan Mac cuti sebulan sebab terlalu busy dengan masalah masalah dunia . 0.0

Salam 1April semua . Sape masih ingat entri Tasya story tuu pasal "TASHMA COUTURE" ? hee online boutique kite tu . Alhamdulillah berjalan dengan lancar . dah masuk sebulan dahh kami beroperasi . Nak review sikit pasal online shop kite tuu .. Mohon semua baca dan ambil perhatian ye .



Sekarang berpuluh puluh ribu online shop kat Malaysia ni kan, lagi lagi yang menjual ladies punya pakaian . Geram rasa macam nak buat jugak satu kedai online . :'D. tiap tiap hari mesti ada poslaju datang rumah hantar barang . Asyik shopping jeeee..-,- Ok fokus ni . Kami ada buat Ribbon Kurung untuk ladies okay . Sekarang dah tak banyak stok . Dah nak habis . Size pun tinggal Size L saja .

TASHMA RIBBON KURUNG


Price : 
RM180.00 Exclude Postage
Size : 
S,M,L and XL
Material : 
Valentino Silk
Colour : 
  Dark Pink + Blue
  Purple + Gold
  Peach + Turquoise
  Maroon + Peach
  Soft Pink + Grey
               


TASHMA PRINCESS DRESS

Price : 
1pcs RM120
2pcs RM220
Exclude Postage
Size : 
Free Size fit to S-XL
Colour : 
18 Colour . 

Whatsapp sini terus +6011 1299 3281 kalau nak tengok warna



Walaupun dalam keadaan yang busy memanjang..Tashma Couture sempat buat sale sekejap hari tu . Alhamdulillah

:)





Bukan Baju jee kami jual  ! . Shawl pun ada . sekarang kan ladies semua gila gila kan shawl . So kami jual juga . TASHMA PRINTED SHAWL & TASHMA PLAIN SHAWL. Murah  murah je . Selalu buat sale . Untuk Tashma Plain Shawl 3 pcs rm50 saja exclude postage . :)


TASHMA PRINTED SHAWL 




Price :
1pcs RM20 Exclude Postage
2Pcs RM40 Include Postage
3pcs RM50 Exclude Postage
Material :
Viscone Cotton
Size :
110x180

TASHMA PLAIN SHAWL





Price :
1pcs RM20 include Postage
Material :
Viscone Cotton
Size :
165x100

Selesai Packing untuk Tashma Customer yang baik hati :) Kelmarin sampai stok . Terus habis . Hari ni tinggal lagi 6 pcs . :') Terharu sekejap . Okay 4 item ni je buat masa sekarang available . Ada yang tanya location butik . heee . Maaflah tak de butik lagi sekarang . inshaAllah akan datang . Doa doa kan lah . hihi . Jual online saja . stok pun semua letak kat rumah . hihi . COD pun kat rumah je .:) senang .




Alhamdulillah TASHMA COUTURE mendapat sambutan yang baik dan memuaskan . :) Alhamdulillah Alhamdulillah..

UNTUK LEBIH DETAIL : 

INSTAGRAM :@TASHMA_COUTURE
FACEBOOK : https://www.facebook.com/ciktasyacom
WHATSAPP : +601112993281

10 Bulan Si Pemakai Braces

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


AWAS ! GAMBAR SAYA BESAR !


KU SENGAJA TUNJUK GIGI BESIKU


Nak story pasal GIGI sikit . Masuk bulan ni (april 2014) dah 10 Bulan Tasya bersama dengan braces ni . Alhamdulillah GG terabur dulu,seperti piano sudah kembali tersusun . Tapi sayangnya kedua dua belah tepi masih lagi rongak disebabkan cabut 4 batang beberapa bulan yang lalu TT.TT .. so angin keluar masuk dalam mulut dengan begitu bebas .

10 bulan sudah berlalu..tapi still tak dapat pakai powerchain lagi . sebab? GG bawak Tasya tak sama and still berlapis macam kek lapis . Ohh . malu nyee -.-. apa itu powerchain ? powerchain tu kuasa rantai pandai GG . *lawak hambar* Okay doc . Saya tunggu dengan penuh kesabaran :)



Sebagai pemakai braces, macam macam masalah & dugaan kena tempuh tauu . Antaranya


  •  Makan haruslah berpantang
  •  Moody yang berpanjangan sebab sakit or sebab GG rongak :(
  •  Hilang keyakinan diri :') lagi2 mula pakai braces
  •  Kurus kering dan cengkung akibat makan berpantang dan rahang yang sudah beralih 
  •  Menjadi tumpuan ramai orang , lagi lagi bila lepak and mata kengkawan fokus kat mulut kita :(
  •  Ulser mulut (wajib semua org kena)
  •  Masa untuk menggosok GG lebih lama dari biasa . Kalau biasa 5 minit . Tapi sekarang 2jam-,-
  •  Mulut menjadi muncung bagi permulaan si pemakai braces.wakakkak


Nak tak nak hati kena kental beb ! lawan sakit tu semua . hihi . sesiapa ada niat nak pakai tu janganlah lepas baca entri Tasya ni jadi takut pulak . takdak apa ehh . :) seronok sebenarnya pakai ni . mula2 je seksa sikit . Lama kelamaan Alhamdulillah takde apa .  kita pun dah boleh biasakan diri dengan orang .

Tapi sekarang perasaan menunggu powerchain dengan keadaan gg rongak kiri kanan atas bawah ni beb, Memang down pulak rasanya sekali sekala . Dah macam usop sontorian GG . bayang lah bila gelak HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH gg dah memang tersembur keluar + Besi pulak tu + Rongak pulak kiri kanan . Adehh


Nahhh amik tengok . GG sebelum pakai braces . HM malu . Atas bawah senget benget . Hm malunya
Hm malu sangat . Ya Allah malunya -,-

Kos hari tu kira jumlah RM3700 macam entri sebelum Tasya story ni http://www.ciktasya.com/2013/07/orthodontic-braces-treatment-ii.html tetapi belum masuk bayar RM50 tiap tiap bulan untuk tukar warna getah braces tauu . hihi Hitung la sendiri RM50 x 2TAHUN SETENGAH . Tu jumlah besar dia . and ! Belum masuk cabut GG and Tampal . hihi . 


okay selfie jap . BYE






Majlis Empat Hari

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Taip lelaju sebab lama tak menaip :p.Awal bulan Mei hari tu kan,1,2,3,4hb May 2014 , 4 hari berturut turut sibuk dengan kenduri kakak Tasya tau . Majlis perkahwinan dia . Hee . Walaupun dah lama topik ni, Still nak share dengan semua orang . Ada yang Sudi baca kan? ^^,


1.May.2014

- Buat kenduri Tahlil sikit kat rumah, Doa selamat sebelum majlis bermula, + Malam Berinai, Malam tu,Kami invite student Madrasah untuk solat hajat,,selesai je solat semua, Kakitangan yang sepatutnyaa masuk kawasan setel kan apa yang perlu, Pelamin for majlis resepsi di rumah kami. Masing2 cucuk mencucuk nonstop, Yang hairan semua pekerjanya Lelaki..Oh mungkin lelaki lebih kreatif & rajin dari perempuan.

                   




- Malam tu jugak malam berinai okay, So sape nak berinai, hulur je tangan . dia buat la corak macam uolls semua nak, First time pakai inai ada warna merah cenggini.*jakun





TADAA !! siap sudah tangan ku, hihi . Tapi ni corak tumbuhan tauu . bunga bunga . hihi


2 MEI 2014

- Hari pernikahan, pagi tu excited lebih bangun awal macam Tasya pulak yang nak dinikahkan -,-. Entah la kenapa tumpang hepi kakak sikit mungkin, Tema putih hari tuu . So layan gambar je lah eh , 




BAG MATA (eyebag) !! :'( sebab malam sebelum tu tak cukup tiduuurrrrrrr . 
Sedihnyaaa . Tapi takpe Selfie tetap selfie . 





Well mereka dah selamat dinikahkan . Tahniah kakak ku .  (tetiba jeles)

3 MEI 2014

- Majlis resepsi belah perempuan, Maaf takde stok gambar kanopi,makanan,deco and lain lain sebab semua gambar dengan photografer, Tasya nak snap sendiri pun tak sempat, duk buat hal masing masing. hihi Ada gambar dengan kawan kawan je.hoho. Banyak lagi gambar gambar tapi juling mata u olls nanti tengok.


2HB petang lepas acara nikah tu boleh pulak tetibe mata buat hal merah sebab pakai lens lama sangat masa hari nikah tu . wakaka.kelakar pulak . Off lens malam hari je . Nasib la klinik buka and boleh pergi cek and amik ubat.seksaa:( sakit mata bengkak habis.nasib la sempat sembuh.terpaksa pakai spek. Hari yang sama jumpa Doc and juga buat spek, express sangat kan?


Gambar tak berapa jelas :')






Tak tahu lah tema wedding nya apa . 

4 MEI 2014

- Majlis sambut menantu belah lelaki pulak . Kami semua pakai peach colour, hehe mempelai kecik ni pulak warna soft purple, okay. posing sikit ! 







Ok itu saja . Thanks !



Kawan Dah Kahwin

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nak bercerita pasal wedding kawan hujung bulan Mei . Sekarang musim wedding,so mana mana je ad wedding, Kali ni kenduri bekas classmates sekolah dulu . hikhik . purple gold theme.


Alkisahnya kami semua sahabat sahabat ni plan nak pakai baju sama . -.- So semua kena sama . memang kembar 8 lah kiranyaa ni.


Selfie dulu lah sebelum gerak ! hikhik



Abaikan muka kawan Tasya tuu macam kena lukis haha effect kamera.kesian pulakk :'D





Handbag From PRETTY POP

:D 

Rasa dah tahap kreatif A++ edit kembar 3 macam ni ..btw Ada yang whatsapp ada yang inbox kat facebook, Tanya kat Insta..Baju tasya ni mana buat,Beli mana? berapa? Material apa? Meh nak citer,Baju Tasya simple je.Korang berkenan ke ? hikhik . Tasya order nak camtu camni & blaa bla blaaa je kat tailor tu,so dia buat lah, beli kain sendiri then jahit, Tasya beli kain 4 meter, 1 Meter RM4.00 je, save bajet kan? Juz upah je RM45. (kalau pandai jahit sendiri lagi jimat)

Aksesori lain custom made -.- . haha ... Tapi itu tak  jadi masalah, Material dia Cotton, aksesori kat baju lain lain tu Tasya buat sendiri je..kejap je buat tuuu,cuma baju je upah kawan jahitkan..hihi.. fikir sebab nak pakai sekali je . Beli mahal mahal nanti membazir pulak. Tasya bukan orang senang pun :'D 



Kami buat baju ikut citarasa masing masing . heee  Entahla lepas ni bila pulak ada peluang nak pakai baju ni.

Gambar happening dengan pengantin tak dapat ambil sebab masalah teknikal.:'D
Semua kena balik awal sebab ada urusan masing masing . Ok takpa lain kali kita bergambar lagi.
Lagi sorang kawan balik awal sebab anak panas and nak tido.EH kawan kita dah ada beranak pinak ok.


Eh dah . Tahniah Adila ! Semoga kekal sampai akhir hayat ! :D

Natasya Plain Shawl : Tashma

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TUTORIAL CHIFFON WIDE SHAWL

Nak review sikit pasal Natasya Plain Shawl . Jangan lupa jugak Follow Ig @tashma_Couture tau. Kali ni Tasya restock 10 colour sahaja . Kain shawl ni flowy gila,senang sangat nak dibentuk labuh and berat:) pakai confirm puas hati. Shawl ni ala alaa Irine Nadia,Dena Bahrin, & Heliza Helmi yang selalu pakai . So ada 10 colour . 


- Dusty Pink
- Dark Peach
- Dark Grey
- Soft Pink
- Maroon
- Turqoise
- Sugarcane
- Soft Purple
- Dusty Purple
- Brown


MATERIAL : Chiffon
SIZE : 2.0x0.8m
PRICE : RM28 exclude Postage

Postage : (SS) RM9 (SM) RM6


Yang Tasya pakai ni colour soft purple . SOLD OUT dahh..




 So sesiapa berminat nak order boleh whatsapp terus +601112993281 atau follow Us @tashma_couture 



Tasya siapkan simple tutorial lagi untuk shawl ni . ^^ Hope membantu



Tadaaa ! siap . 



Thanks !

MAJLIS PERTUNANGAN #TNFEAN

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

(JARI KREM LAMA TAK MENAIP)

Berbulan tak update blog kan,Tasya bukan malas,busy je. Laptop rosak hihi . lagi lagi sekarang zaman berinstagram so semua menda upload situuuu kan..jarang lah buka blog. Sebab ramai tanya kenapa tak berblog dah,kenapa lama tak update . okay baiklah,kite update.sekarang tasya sedang menaip satu ceritaaaaaaaaa....buka mata luas luas & baca. Taip panjang panjang nii...

Bismillahirahmanirrahim..........

22.Ogos.2014 majlis bertunang Tasya & Mr N. #TNFEAN, singkatan bagi Tun Natasya Farhan & Engku Azlan Naim. :D .Majlis Menjemput kawan kawan dan saudara terdekat saja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Malam sebelum tu mini malam berinai tau,So berinai la sampai puas.

BAJU

Sebelum tu! 3 bulan sebelum majlis Tasya tempah baju, em blur tak tahu nak baju macam mana. Malam buta terus lukis cincai cincai nak baju cenggini kononnya. Dah okay design baju,(lukisan baju mcm cakar itik) warna tema pulak buat Tasya migrain,berbulan fikir ni wakaka, Akhirnya OceanBlue + White pilihan kuuu.hihi

inshaAllah dalam perancangan baju tunang+veil+shawl nak bt sewa:) Lepas ni k.


KHEMAH

Bukan baju je Ocean blue+White, Ofcourse lah khemah juga ikut warna tema.Mula mula pakcik tukang pasang khemah tu letak alas meja warna gold,kerusi pulak putihhh ehhh nak nangis rasanya masa tu..buruk bebeno. Dah macam khemah funfair @.@. Bila bagitahu balik baru boleh tukar warna putih.yehaaa..sukanya mak. Pastu dia pasang scallop blue+white.fuhhh....sukaa sukaaaa


PENGAPIT

Mereka adalah pengapit last minit, kakak dan adik.shawl mereka dari @tashma_couture .


INAI

Inai hujung jari tak menjadi sebab comot,kena pakai sampai waktu tidur..tido agak nakal bangun pagi sebak tengok jari. Ukiran inai pulak jadi pucat. sobsob


DULANG HANTARAN

Ikut adat kebiasaannya dulang hantaran 3/5,5/7,7/9 kan..21/19 pun boleh atas kemampuan masing masing, kalau Tasya  5 berbalas 7. 7 dulang dari belah perempuan 5 Dulang dari belah lelaki. Dulang dari belah perempuan Tasya pilih warna BLUE+PINK. acah acah cute. Dulang belah lelaki tema warna Dusty Pink.

(Sesiapa nak bt majlis lepas ni mana tau senarai dulang hantaran ni boleh membantu)

Dulang untuk Perempuan:

Kain Pasang
Cincin
Coklat
Perfume
Kain Sembahyang



Dulang untuk Lelaki:

Perfume
Shaver
Wallet+Belt
Cincin
Coklat
Sampin
AlQuran




 

BUNGA TANGAN

Bunga tangan last minit, Before dah booking tapi ada masalah terpaksa cancel and cari yang lain,Alhamdulillah sempat tempah. dua hari sebelum majlis sampai kat rumah. Tasya request warna blue+pink jugak.hihi. Felt flower ye.not Fresh Flower.


PELAMIN

Pelamin dah tempah sebulan sebelum majlis. 90% fresh flower sangat berpuas hati,pelamin pulak Tasya request warna Off White + Cream. Malam sebelum tuu dieorang pasangg lajuuu lajuuuu and hasil yang sangat cantik! Macam mana Tasya sketch macam tu lah kat depan mata.hihi




GOODIES

Paperbag Goodies beli yang dah siap & lain lain hias sendiri (terlebih rajin) . Malangnya tak de gambar goodies goodies lain.sob..


ROMBONGAN SAMPAI

Masa rombongan lelaki sampai Tasya intai dari tingkap bilik, fuhhhh..berdebar @.@. Tetibe rasa malu malu masa tu aww,*tutup muka*



Dah setel alhamdulillah...Mekap,fotografer,Baju,Dulang,Khemah,Makanan,Goodies,Inai,Bunga Tangan and etc alhamdulillah semua okay.hari ini genap sebulan kami bertunang:)



(muka tak ready wakaakaka)

Terima Kasih Semua

(Ini ja gambar ada,yang lain dalam pendrive,pendrive hilang entah kemana)

MAJLIS MERISIK

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.,

Ini adalah entri merisik . pada hujung bulan julai yang lalu, (tarikh tak berapa igt) raya ke 5 or 6 macam tu lah, Tasya telah dirisik oleh seseorang,wahhhh..hihi. Mereka datang bawak cincin & ada hajat besar katanya & beberapa dulang hantaran disertakan kuih manis! hihi. Ikut adat mestilah keluarga belah lelaki datang ke rumah perempuan.hehe. Em malu pula bila ingat balik. Jantung dah hilang masa tu..Berdebarrrrrrr...sangattttt...ada sesiapa rasa mcm kita rasa jugak takkk ? :D . nervousssssss mcm tunggu result


Borak borak borak borak borak setengah jam, Terus bakal Mak Mertua panggil nak sarungkan cincin. masa tu tasya menyorok belakang langsir ok,sambil gulung gulung langsir. "OH tidakkkk! aku kini dilamar orang"kata hati kecilku ini. kui3. Langkah demi langkahku di jaga rapi, macam naik pentas,kaki tersilang ala ala catwalk menuju ke sofa kelabu yang ayahku baru beli untuk raya tahun ini. dan duduk tersimpul malu di tepi mak mertuaku.. nasib tak tersungkur je atas meja tamu.hahaha. 

kelihatan mertuaku memandang dan mengukirkan satu senyuman manis..kepada bakal menantu nombor dua ini..ecehh!.aku membalas senyuman itu,Senyuman yang tidak manis walaupun gigi besi ku tersembur keluar. =p . Nasib x hilang jari masa tu tau, so hulurkan je lah jari jemari yang halus ituu..:D. Pucat jugak muka masa tu. nasib la si Ehem2 takde masa tu.kalau ada lagi pengsan!!


Baju Tasya pakai tu baju 3 tahun lepas,tapi still muat lagi kan.haha. Yang rare adalah tudung bawal zaman mesolitik. Entah mana jumpa terus kebas and pakai. Tema hitam ala ala berkabung gitu.


:'D langkah pertama Alhamdulillah lancar . walaupun dugaan datang menimpa. Dah habis majlis ni. naik bilik cepat cepat tak dapat menahan sebak terus nangis sorang sorang. maklumla hati sensitif sikit =p


Sebelum pulang bergambar dengan family Si Dia dulu ok, Yang lelaki semua duk kat luar, Yang perempuan posing sakan dalam rumah. haha


WITH MAMA

Sape nak tahu tutorial bawal Tasya ni, Susah ok..style makcik makcik jual buah tepi jalan.. juz simpul mati je kat hujung tudung k . haha


TERIMA KASIH



MENCUBA SESUATU YANG BARU : BUKA BOOTH

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ni Tasya rajin sikit menaip naip walaupun jarang update okay. Nak share story pasal Tashma Couture booth awal bulan october hari tuu..di TATIUC . alkisahnyaa sempena konvokesyen,terbuka untuk sesiapa saja dan boleh booked booth masing masing. Dengan kompidemnyaa apa lagi Tashma join sekali untuk pertama kalinya. :'D .


Tak memberi masalah juga kepada kami sebab location booth dekat juga dengan kediaman kami , tapi penat dia tu macam takde badan rasanya  :'D yang masalahnya kami perempuan (founder : KAKAK & ADIK)) angkat kemas susun barang barang selama 4 hari Ya ALLAH.. baru ku tau macam mana susahnya peniaga peniaga lain, mereka mencari sesuap nasi mungkin macam ni lah situasi mereka kena hadap hari hari.. 

Nak join ni sebab suka suka nak rasa jugak macam mana yang orang lain rasa, best ke tidokk...lagi pula rindu tempaattt studyyyyy kiteeeeee.. T.T .Alhamdulillah okay juga. syokkkk...lepas ni boleh belajar lagi mana yang kurang, maklumlah kami baru lagi dalam bisnes ni.

Seriusly, first day sangat kaku and tak tahu nak mulakan macam mana, strategi tu langsung takde and blurr sangat. Kami (kakak & adik)  gelak je kat diri sendiri . >.< padahal Tasya ni banyak cakap jugaa.tapi entahlaa bila customer ad depan mataa mulut kakuuu macam kena jahit.. macam macam skill kami buat. Adik cakap kite jerit lah macam orang jual ikan . :'D haha . oh sama sekali tidak. memang taklah nak jerit macam tu.& hari ketiga dan keempat baru kami jumpa strategi nyaa . Lucu kalau ingat peristiwa tu balik.


Selama 4 hari bangun awal gilaaa! & tutup booth jam 10/11 malam. hari last kami kat sana tutup booth jam 1 pagi . Tak larat sangattt tapi kuatkan diri demi TASHMA tercinta, lagi lagi En tunang ada sekali tolong @.@. Kesian adik lagi tak larat pastu drive pulang lagi malam buta . oh sadissss...




So lepas ni kami (TASHMA) plan akan jelajah pantai timur ! Bermula dari bawah,inshaAllah ada rezeki tak kemana. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas. usaha & tawakal sahaja.Jangan sesekali berputus asa. Apa orang nak cakap jadikan kata kata semangat.Pekakkan telinga dan maju kehadapan. pernah juga rasa down setakat bisnes ni tapi dengan support orang sekeliling naik jugak semangat aku ni.huhu. Tak selalu kita berada di atas, berada dibawah juga kite semua akan merasa Sebelum ni,Pernah juga hangat hangat tahi ayam haha.

Lagi lagi sehari sebelum buka booth Tasya dapat tahu masa tu takde student student cuti hari raya Aidiladha .luruhhhhhhh jantungg dengaar macam siaa siaaa je..t.t Tapi kuat kan diri jugak walaupun malam sebelum takleh tidur fikir mesti banyakk cengkerik bunyi nanti . hahax:D (KRIK KRIK)



Gambar hari kedua pagi pagi . (Ngantokkkkk sgt!) !!!! :'D

Kebanyakan kami jual aksesori wanita, shawl & pin semua semua . so lelaki memang takde datanglah jenguk booth kami.kalau ada pun duk mancing ikan jaa -,-. Jangan lupaaa!!! online shopper yang tegar boleh jenguk ig : TASHMA_COUTURE


InshaAllah jika tiada aral melintang kami akan ke Terengganu pada bulan november. so pakat mai ok. Tunggu update dari Tashma_Couture Date & Venue. So orang pantai timur bersiapa sedia yaa... :D


InshaAllah lepas ni Tashma Couture akan buat banyak lagi produk dari kami sendiri.semua dalam plan cuma tunggu masa dan keadaan yang sesuai ja..maklumla keadaan tidak mengizinkan. Sekarang hujung tahun agak susah juga nak start, maklumla nanti busy pasal wedding pula -,- . btw
terima kasih tau yang support kami sentiasa..walaupun kami punya bisnes tak famous mana macam orang lain,tapi kami usaha untuk jadi yang terbaik. inshaAllah..

Viewing all 76 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>